Minggu 14 18/12/2014
Assalamualaikum alhamdullilah, minggu ini merupakan minggu terakhir semester ini. Pada minggu ini kumpulan kami diberi penerangan tentang-tentang topik-topik yang diajarkan dari minggu 1-14. Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum cuti dan seterusnya akan melangkah ke peperiksaan akhir. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan saya. Terutama sekali kepada Cik Mazalah yang membimbing saya dari tidak tahu apa-apa tentang penggunaan komputer dengan mendalam sehingga saya mengetahui tentang-tentang menggunakan pelbagai aplikasi komputer. Semoga Cik Mazalah menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada saya. Akhir kalam halalkan segala ilmu saya dan semoga dapat menempuhi peperiksaan dengan tenang semua
Minggu 13 13/12/2014
Assalamualaikum alhamdullilah, minggu ini merupakan minggu ke 13 dan hanya tinggal satu minggu sahaja lagi sebelum berakhirnya semester satu kegembiraan jelas dapat digambarkan tetapi dalam kegembiraan itu perlu diingatkan juga bahawa saya dan rakan-rakan bakal menghadapi peperiksaan akhir. Berbalik kepada tugasan minggu ini, Cik Mazalah mengajar kami menggunakan Word Excel. Sejujurnya saya tidak pernah menggunakan word excel sebelum ini. Pada minggu ini Cik Mazalah menerangkan kepada kami tentang Word Excel secara terperinci tentang penggunaannya dan saya yakin saya dapat mengaplikasikan penggunaan Word Excel pada masa hadapan
Sekian Terima Kasih
Sekian Terima Kasih
Minggu 12 8/12/2014
Assalamualaikum alhamdulillah, pada minggu ini kami sekumpulan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan video setelah mengumpul segala maklumat yang berkaitan. Video yang dihasilkan oleh kumpulan denga bertajuk "perisian asal dan berlesen". Kumpulan kami menghasilkan video dan story board yang telah disediakan oleh ahli kumpulan kami. Kumpulan kami juga menghasilan video menggunakan software PowToon.
Ini merupakan kali pertama saya menghasilkan video. Pada pendapat saya penghasilan video ini agak sukar bagi kami kerana ini memerlukan fokus yang dan tenang ketika membuat video tersebut. Kreativiti memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan video yang menarik dan kemas untuk menarik perhatian para penonton

Minggu 11 29/11/2014
Assalamualaikum alhamdulillah, pada minggu ini kumpulan kami kehendaki membina story board dan skrip berdasarkan tajuk "perisian asal dan berlesen". Penghasilan story board tidak sesukar yang disangka-sangka oleh kumpulan kami kerana kumpulan kami melihat rujukan yang diupload oleh Dr. Fariza di dalam ge1155 komputer dalam pendidikan. Dengan adanya contoh tersebut kumpulan kami dapat menghasilkan satu story board dan skrip dengan cepat.
Minggu 10 29/11/2014
Assalamualaikum alhamdulillah, pada minggu ini dapat saya menulis lagi tentang pembelajaran komputer dalam pendidikan.
Pada minggu ini, saya dapat mempelajari perkara yang baharu iaitu dengan membina brosour dengan menggunakan Microsoft Publisher. Tugasan ini boleh dikategorikan sebagai sukar untuk kami walaupun ianya merupakan sambungan kajian yang sebelum ini. Ini merupakan kali pertama saya membina brosour yang bertajuk "pengaruh ICT dalam kalangan pelajar IPT.
Ini merupakan pengalaman yang menarik bagi kami kerana kerana ia merupakan kali pertama saya membina poster menggunakan brosour dan saya mendapat ilmu yang baharu dalam untuk membina poster.

Minggu 9 21/11/2014
Assalamualaikum alhamdulillah dapat meneruskan perjuangan demi mengejar cita-cita. Pada minggu ini kami kami sekumpulan mengedarkan google form kedalam forum webbly ge1155 dan facebook bagi mendapatkan lebih ramai respondend dalam kalangan pelajar tahun satu fakulti pendidikan UKM. Pada pendapat saya dan rakan-rakan pembinaan google form sangat mudah dan dapat diakses oleh sesiapa sahaja. Dengan mengedarkan google form kedalam forum weebly ge1155 dan facebook kami sekumpulan mendapat respondend yang agak ramai dan memudahkan kami untuk menganalisis data-data tersebut.
Minggu 8 10/11/2014
Assalamualaikum alhamdulillah kita sudah memasuki minggu yang kelapan didalam pembelajaran bagi semester yang pertama. Pada minggu ini kami sekumpulan diarahkan oleh pensyarah iaitu Cik Mazalah untuk melakukan tugasan iaitu membina soal selidik di atas talian melalui google form. Sejujurnya, ini merupakan pengalaman yang pertama bagi saya membina google form.
Pembinaan google form tidak sesukar yang disangka-sangka oleh kami sekumpulan kerana kami sekumpulan melihat cara-cara untuk membina google form melalui video yang diupload oleh penyelaras khusus ge1155 iaitu Dr. Fariza Khalid. Dengan adanya vide ini ia secara langsung memudahkan kami untuk membina borang soal selidik menggunakan google form.
Cik Mazalah mengajar kami bagaimana untuk merangka soalan soal selidik serta menyediakan soal selidik diatas talian. Selepas kami berjaya membina borang soal selidik diatas talian menggunakan google form kami mengedarkan "link" google form tersebut kedalam forum weebly ge1155 bagi mendapakan respondend

Minggu 7 1/11/2014
Assalamualaikum Alhamdulliah sudah memasuki minggu yang ketujuh dan pertengahan semester. Pada minggu ini kami sekumpulan diberikan tugasan agak berat bagi kami kerana kami perlu melaksanakan proses penyelidikan. Kumpulan kami memilih tajuk "Pengaruh ICT dalam kalangan pelajar ipt"
Pensyarah kami CIk Mazalah telah memberi penerangan bagaimana untuk kami melaksanakan proses penyelidikan berdasarkan tajuk kajian, penyataan masalah, objektif, persoalan kajian dan sampel atau responden kajian.
Akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan kami menghantar maklumat tersebut kepada Cik Mazalah dan menyimpan didalam google drive selepas itu beliau menyemak tugasan kami dan kami melakukan sedikit pembetulan kerana adanya kesalahan di dalam kajian kami. Selepas itu, kami dapat menyiapkan tugasan itu dengan jayanya.

Minggu 6 18/10/2014
Assalamualaikum syukur dapar meneruskan pengajian ini di minggu yang keenam. Tugasan yang diberikan oleh Cik Mazalah pada minggu ini berkaitan dengan prinsip CASPER. Cik Mazalah mengarahkan kepada kami membuat power point dengan mengaplikasikan teknik-teknik prinsip CASPER di dalam power point kami iaitu dengan memilih teks,grafik dan warna yang sesuai
Apa itu prinsip CASPER. Prinsip Casper ialah teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi teks, grafik,animasi dan video. Teknik ini salah satu teknik yang sangat penting bagi menghasilkan persembahan yang menarik dan mampu memikat hati penonton. Dengan ini saya telah menghasilkan satu persembahan power point menggunakan prinsip casper dengan baik dan berkesan. Alhamdullilah CIk Mazalah dapat melihat persembahan power point kumpulan kami dengan teknik-teknik atau prinsip-prinsip CASPER disertakan di dalam power point tersebut.
CASPER merupakan singkatan C=Contrast A=Alignment S=Simplycity P=Promicity E=Emphasis R=Repitition

Minggu 5 6/10/2014
Assalamualaikum syukur kita dapat meneruskan pengajian kita yang sudah memasuki minggu kelima. Pada minggu ini saya telah diberikan tugasan dalam kumpulan. Terdapat lapan tajuk yang diberikan oleh Cik Mazalah dan pemilihan tajuk itu dilakukan melalui cabutan undi. Saya menjadi wakil kepada kumpulan saya dalam proses cabutan undi itu. Selepas cabutan undi tersebut saya mendapat no 3 dan tajuk yang diberikan kepada saya ialah "Perisian Asal dan berlesen"
Pensyarah di dalam kelas tutor kami yang bernama Cik Maza memberikan penerangan yang jelas dan terperinci kepada kumpulan kami berdasarkan tajuk yang berikan itu. Dengan adanya tajuk kajian ini kami menggunakan enjin carian google,yahoo dan google schoolar untuk mencari jurnal-jurnal yang berkaitan dengan tajuk kajian kami iaitu "Perisian Asal dan Berlesen". Namun begitu, kami menjumpai banyak maklumay yang berkaitan dengan tajuk kami tetapi kebanyakkannya menggunakan bahasa inggeris menyebabkan kami kesukaran untuk membaca dan meneliti secara jelas dan terperinci tentang "perisian Asal Dan Berlesen.
Dengan pembahagian tugasan ini kami dikehendaki membaca secara mendalam dan mamahami dengan terperinci apa itu"Perisian Asal Dan Berlesen". Selepas pembacaan dan penelitian itu kami sekumpulan dikehendaki membina sekurang-kurangnya 3 topik soalan perbincangan di dalam forum weebly GE1155 komputer dalam pendidikan.
Selepas pembacaan dan membina soalan di dalam forum weebly tentang "Perisian Asal Dan Berlesen" kami satu kumpulan dapat mengetahui apa itu konsep sebenar "Perisian Asal dan Berlesen"

Minggu 4 24/9/2014
Assalamualaikum syukur kehadrat ilahi kita sudah memasuki minggu kedua
Melalui pembelajaran komputer dalam pendidikan ini saya dapat menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan asas-asas penggunaan komputer dalam pendidikan. saya akan menceritakan pengalaman dalam mencari maklumat yang berkaitan dengan LMS dan CMS. Sebelum ini, saya tidak mengetahui apa itu LMS dan CMS selepas saya mencari maklumat menggunakan enjin pencarian google dan yahoo saya mendapat pencerahan dan input-input yang penting berkaitan dengan CMS dan LMS. Untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan LMS dan CMS ini boleh dikatakan agak sukar kerana kebanyakkan sumber rujukan LMS dan CMS terdapat dalam bahasa inggeris. Hal ini menyebabkan saya sukar untuk memahami apa itu LMS dan CMS kerana saya kurang fasih dalam bahasa inggeris. Namun begitu dengan bantuan rakan-rakan saya dapat memahami serba sedikit apa itu LMS dan CMS. Kedua-dua ini memainkan peranan yang penting terutamanya kepada pelajar di zaman moden dan serba canggih ini. Namun begitu saya menghadapi kesukaran dalam mencari maklumat ini kerana sambungan internet yang agak terhad tetapi dengan kesabaran saya dapat mencari maklumat yang dikehendaki ini sebagai maklumat tambahan kepada saya agar saya memahami apa itu konsep LMS dan CMS yang menjadi platform yang utama kepada universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk menyampaikan maklumat-maklumat dengan lebih cepat dan terperinci kepada semua pelajar. CMS ialah Content Management System (CMS) adalah program komputer yang membolehkan kita membuat penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan yang mudah dilakukan yang disediakan oleh Laman Web CMS. Sistem pengurusan kandungan seperti menyediakan prosedur untuk menguruskan kerja di laman web yang kita bangunkan menggunakan CMS ini. Manakala LMS ialah Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai Learning Management System merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Ia merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran elektronik,mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan pengajaran serta bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk pengurusan pembelajaran serta pemantapan pembelajaran bestari

Minggu 1 hingga minggu 3 18/9/2014
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur kehadratillahu ta'ala dengan limpah kurnia dan izinnya dapat saya menyambung pengajian ke UKM dalam bidang pendidikan. Bidang ini merupakan bidang yang menjadi pilihan utama dan minat saya sejak dari kecil lagi. Saya berasal dari Pasir Mas Kelantan dan ini merupakan pertama kali saya merantau ke luar daripada kelantan. Ini adalah pengalaman saya yang pertama mencipta dan membina blog sebelum ini saya hanya suka melawat blog-blog yang terkenal sahaja. Saya bukan kaki blogger disebabkan hal ni saya kurang arif atau tidak pandai untuk membina blog saya sendiri. Sejujurnya, membina blog sekiranya tidak mempunyai pengalaman boleh dikatakan agak sudah dan agak memeningkan kepala saya. Namun bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan...Bermula dari sini saya ingin belajar dan ingin mempunyai kemahiran dalam mencipta blog saya yang tersendiri.. Walaupun boleh dikatakan agak sukar untuk saya membina blog ini tetapi ini adalah pengalaman yang menarik bagi saya kerana dari sini saya dapat belajar membina laman web saya sendiri.